Rabu, 1 Jun 2022


Seperti yang kita semua ketahui terdapat 114 Surah di dalam Al-Quran dan setiap Surah mempunyai namanya sendiri. Namun, pernahkah kita bertanya atau mengkaji apakah signifikannya nama-nama Surah tersebut? 

Saya ingin berkongsi melalui blog ini mengenai nama-nama Surah yang terdapat di dalam Al-Quran dan apakah signifikannya nama-nama tersebut. Blog ini bukan bertujuan untuk mengajar akan tetapi hanya sekadar berkongsi maklumat yang saya dapat mengenainya melalui satu buku yang amat menarik berjudul " Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah " yang diterbitkan oleh Pacu Resources Sdn Bhd dan ditulis oleh Ustazah Bushra Binti Talib.

Setiap posting saya melalui blog ini akan berbentuk perbincangan dan perkongsian terhadap apa yang ditulis di dalam buku tersebut. Diharapkan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Perbincangan dan perkongsian nama-nama surah akan dibuat secara rambang dan bukan mengikut turutan, dan saya akan cuba membuat posting lebih kurang satu posting pada tiap-tiap minggu.



Sebagai permulaan saya ingin berkongsikan terlebih dahulu bagaimana buku ini dapat membantu anda untuk:
  • Mengetahui nama surah yang dibaca
  • Sebab-sebab surah dinamakan sedemikian
  • Bilangan ayat yang menyebut nama Surah disertakan dengan mencatit ayat dan muka surat di dalam Al-Quran
  • Fakta saintifik yang terdapat di dalam setiap surah
  • Lain-lain fakta menarik tentang kejadian alam ini.